PENGENALAN
Bilik darjah adalah merupakan element yang penting bagi setiap pelajar dimana persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat mempengaruhi cara murid dalam melibatkan diri dan mengambil bahagian dan suasana pembelajaran yang selesa mampu merangsang minat kanak-kanak untuk terus belajar. Disamping untuk dalam mewujudkan pelajar yang aktif semasa sesi pembelajaran, sebuah bilik darjah yang mempunyai kelengkapan dari segi teknologi yang canggih serta persekitaran yang baik merupakan aspek yang perlu ada pada setiap bilik darjah. pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pengurusan sebuah bilik darjah harusalah diutamanya bagi membentuk pelajar yang aktif dan positif mempengaruhi persekitaran yang kondusif perlu ada pada setiap bilik darjah.
CIRI-CIRI BILIK DARJAH
PADA MASA HADAPAN
Ciri
sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif pada masa hadapan adalah bilik
darjah yang menyediakan kelengkapan penggunaan teknologi yang seperti telefon pintar, komputer riba,
projekter, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih
berjalan dengan lancar, pengguna alat teknologi yang canggih ini bukan sahaja
memudahkan pembelajaran malah penyampaian maklumat pengajaran akan lebih baik
serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya, penggunaan telefon
pintar dimana pelajar dapat memcari maklumat dengan cepat semasa sesi
pembelajaran didalam kelas dan bukan hanya memudahkan pelajar malah guru juga
dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lancar semasa penganjaran didalam kelas
tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa
sesi pembelajaran.
Selain
itu, Dari segi fizikal bilik darjah pula dimana ruang pembelajaran yang kreatif
daripada hasil usaha murid dilekatkan ini bagi menarik minat pelajar dan
membuatkan hasil kerja pelajar akan lebih bermakna, dengan ini peljar akan
lebih dihargai dan menunjukkan semangat yang positif ketika masuk ke dalam
bilik darjah, sebagai contohnya, sudut hasil kerja murid dibuat bagi menghargai
setiap kerja yang dilakukan, serta sudut
maklumat dan ruang santai turut disediakan, pada setiap sudut bilik darjah juga
diletakkan kriteria kejayaan pada setiap sudut, persekitaran bilik yang mempunyai sudut yang menarik dapat meningkatkan daya imaginasi dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
PENUTUP
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi meningkatkan
prestasi pelajar untuk meningkat dan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. sebuah
bilik darjah yang dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi akan memudahkan guru ketika sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment